Sunday, 8 November 2015

DAGING KICAP LADA HITAM MELETOP


Assalamualaikum .. Maaf harini SR lambat update menu untuk dikongsikan bersama korang semua. Sebelum tu SR nak cerita sikit pasal celeberate birthday party anak buah SR malam tadi yang sangat meriah. Lagi lagi kek yang dibuat sendiri dengan air tangan SR yang sangat menjadi tarikan orang ramai untuk merasanya. hmm ramai yang cakap sedap dan bertanyakan apakah resepinya. Haaa kalau nak tahu resepinya korang boleh check post SR yang sebelum ni. Kat situ semua SR ada kongsikan. So korang boleh cuba buat sendiri dekat rumah yaa.. Lepas ni tak perlulah membazir duit beli kek mahal2 dekat Secret Resepi ke Baskin Robbins atau mana2 kedai kek lain. You all boleh try buat sendiri dekat rumah dengan mudah dan cepat.

Sekarang SR nak cerita pasal harini pula. Hari ahad yang dikatakan ' Lazyday '. Memang terasa sangat malas untuk bergerak kemana2, malah nak bangun dari katil pun rasa malas sangat. hihi
Tapi bila fikir masakan apa yang hendak dimasak untuk menu tengahari tadi, terus SR bingkas bangun dan bersiap2 untuk mulakan perangan di dapur. Jam pun dah menunjukkan pukul 10.45 pagi..

Memandangkan malas hendak  keluar ke kedai, jadi SR nak masak menggunakan bahan2 yang ada didapur saja. Bahan mentah dalam peti ais yang ada cuma tinggal daging saja. Nak taknak dah tahu dah menu apa nak masak harini. Terus terfikir nak masak daging masak kicap yang meletop kebabom !!




Kalau korang yang nak cuba resepi daging masak kicap ni, korang boleh rujuk dibawah.


BAHAN-BAHAN A
  • 1 kg. daging segar – dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar – dipotong gegelang
  • 1 biji tomato – dibelah 4 – 6
  • 2 biji cili hijau – dihiris serong, saiz lebar
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil perencah kuah TUMIX
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN B ( dikisar tumis )
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
BAHAN-BAHAN C (dikisar lumat )
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Air secukupnya.
BAHAN-BAHAN D
  • 1 sudu besar gula perang
  • 5 sudu besar sos lada hitam – SR guna jenama LIFE
CARA-CARANYA

1. Terlebih dahulu campurkan daging bersama bahan C dan bahan D. Gaul rata. Perapkan lebih kurang 30 minit.2. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau, dan warna bawang bertukar kekuningan.3. Masukkan daging yang telah diperap dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk (dalam tempoh ini boleh tambahkan air lagi dan masak sehingga daging empuk). Tutup kuali/periuk.4. Selepas daging empuk masukkan kicap manis, serbuk lada hitam, dan perencah kuah TUMIX. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat sedikit.5. Akhir sekali masukkan bawang besar, hirisan cili hijau, dan buah tomato. Kacau dan gaul rata. Selepas dua minit bolehlah ditutup api.




Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!








Saturday, 7 November 2015

KEK FRENCH CAPPUCCINO

Assalammualaikum,haii.. tadi SR baru sahaja post resepi masakkan tengah harikan. Malam ini di rumah SR ada buat makan-makan untuk birthday party anak buah yang tersayang. Umur dia baru jek 1tahun. So SR ingat nak buat kek untuk birthday party malam ini. Tapi SR tak tahu nak buat kek apa. Banyak sangat pilihan, sampai rasa nak buat semua tapi karang siapa pulak nak makan. 

Belek punya belek resepi akhirnya tahu juga nak buat kek apa. Dengan family tak beberapa minat dengan kek coklat and dah selalu sangat bila birthday party mesti kek coklat. Kali ini SR nak buat kek french Cappuccino untuk birthday party. Bahan-bahan nak buat kek pun dah ada dekat dapur. Bahan dia tak terlalu banyak and senang di cari di kedai. Biasala SR ini kadang-kadang suka buat kek.


Sinilah SR tunjukkan resepi dia...






BAHAN-BAHAN
  • 204gm tepung halus
  • 120gm gula kastor
  • 20gm ovallet
  • 110ml minyak jagung
  • 100ml susu segar
  • 6 biji telur
  • 1 sudu makan pes cappuccino
  • 1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN HIASAN
  • 250ml krim putar (dipukul kembang)
  • 1 sudu makan pes cappuccino

CARA MEMASAK
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
  2. Satukan tepung, gula, ovallet, telur dan serbuk penaik di dalam mesin pengadun. Pukul sebati dan kembang.
  3. Kemudian masukkan pula susu segar, minyak jagung dan pes cappuccino. Pukul rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah disapukan dengan mentega.
  5. Seterusnya bakar selama 45minit atau 1jam. Sejukkan seketika.
  6. Akhir sekali, paipkan krim putar dan hiaskan dengan pes cappuccino mengikut kreativiti anda.

Friday, 6 November 2015

AYAM BERSOS LEMON




                            



Bismillah, assalamualaikum , haii rasanya baru sangat SR post menu pagi tadi kann .. Kalau boleh setiap kali masak, setiap kali tulah SR nak share dengan korang semua. Maklumla, kalau dah perut dengan tekak ni kuat makan, kenalah rajin masak sendiri.. Bab2 masak ni memang SR suka sebab SR tahu SR sendiri yang nak makan nanti.. hihi


Niha SR nak tayang apa yang SR masak untuk lunch kejap lagi . SR dah siap masak, siap hidang dah cuma tunggu nak makan je nii .. Sambil2 tu bolehlah SR kongsikan dulu dekat korang resepi kali ni. Kalau tak post sekarang nii .. mahu minggu depan baru dapat post. hihi Sekali sekala tu nak jugak merasa masakan ala ala barat. Barat ke? SR pun tak tahu nak letak makanan ni dalam kategori apa. Okeh walaupun masakkan ni simple and nampak macam tak sesuai je nak di jadikan makanan tengahari kan? Tapi takpe, jangan risau.. Tak salah pun kalau kita nak cuba. Kalau setakat 2 3 orang makan tu boleh laa.. Jangan dibuat lauk kenduri sudah lah. Ada jugak jemaah yang tak dapat makan ni karang.. :-D


Jom tengok sini. SR nak kongsikan resepi dan cara-cara menyediakannya. Sebenarnya iannya sangat-sangatlah mudah dan senang untuk disediakan. Bak kata orang sesuai sangatlah untuk wanita-wanita berkerjaya yang busy memanjang sampai nak masak pun tak sempatlah. Lagi best untuk orang2 yang jenis malas nak masak, tapi nak makan yang sedap2 je. Haaaa daripada korang beli fastfood yang sangat tak berapa nak sihat tu, lebih baik korang cuba sendiri masak ni kat rumah. InshaAllah lepas ni hari-hari rasa nak duduk dapur je.. 








BAHAN-BAHAN
  • 200g isi ayam ( saya guna bahagian dada ) - potong memanjang
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar air
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

    BAHAN-BAHAN SOS


  • 1/4 cawan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 1 cawan air
  • 1 kiub ayam Adabi
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 inch halia - hiris nipis, kemudian hiris memanjang nipis
  • 2 1/2 sudu makan gula


    CARA-CARANNYA


  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos ke dalam periuk kecil.
  2. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih dan pekat. Matikan api dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau rata.
  4. Masukkan kuning telur, Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  6. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak dalam kuali.
  7. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung.
  8. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan sejatkan.
  9. Susun ayam goreng dalam pinggan. Curahkan sos lemon ke atas ayam. Hidangkan.. 

Yeeyhhhhhh !!! Mudah kan ..?? Selamat mencuba..
















UBI REBUS GORENG DAUN KARI



rsz_urgr



Assalamualaikum ... Selamat pagi . Harini tak tahu kenapa cik SR rajin semacam je nak update resepi-resepi yang harini punya , semalam , minggu lepas ke bulan lepas ke semua SR nak update harini. Ehh bukan harini je sebenarnya ... hari-hari lain pun memang rajin . Bukan nak puji diri sendiri , tapi kalau tak bagi tahu orang tak akan tahu kann?? hehe 


Okay kat sini cik SR nak bagi tahu , SR ni sebenarnya seorang yang suka dan kuat makan tauu , tak kisah la makanan tu nampak sedap ke nampak tak sedap ke , semua SR nak try jugak. Asalkan dapat rasa . Pergi lah mana-mana pun , first yang akan SR cari is MAKANAN ! haaa .. badan je nampak kecil , tapi sebenarnya bela saka . haha ..


Nak habaq mai sikit nii .. Pagi tadi SR ada buat breakfirst yang simple tapi sangat-sangatlah sedap dann hmmmm malas nak cakap lahh. Jilat jari lah cerita dia.. Mak abah pun makan banyak tadi, nampak macam diorang suka je.. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Terfikir pagi tadi nak masak apa yaa pagi ni? Tiba-tiba teringat ada ubi kayu yang dibeli oleh abang haritu kat Terengganu. Ingat nak buat ubi rebus digoreng dengan kaun kari lahh , kasi berasa sikit, takdelah rebus kosong je macam selalu . simple pun simple je nak masak, campak-campak je apa yang ada kat dapur tuha ..Janji bahan utamanya ubi mesti ada. Juadah ni sesuai dibuat sarapan pagi ataupun minum petang dan biasa ianya dimakan bersama sambal kicap. Okeh jom SR kongsikan resepinya. Lepas ni bolehlah korang buat sendiri dekat rumah ..


BAHAN-BAHANNYA

  • Ubi kayu secukupnya ( anggaran 1 pinggan makan )
  • 3 - 4 camca besar penuh tepung beras ( cap teratai )
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1/3 camca teh serbuk lada sulah
  • 12 helai kaun kari, dihiris halus
  • 4 - 5 camca besar besar air
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS

  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA

  1. Kupas ubi, kerat pendek, cuci bersih dan rebus, masukkan 1 camca besar garam. Rebus hingga ubi brtul2 empuk. Toskan airnya dan biarkan ubi sejuk. Kemudian hiris kurang kecil lebih saiz jari orang dewasa dan masukkan dalam mangkuk. Letakkan ke tepi.
  2. Masukkan bahan-bahan tumbuk halus, daun kari, serbuk kunyit, sedikit garam dan air. Gaul hingga semua sebati. Tambah tepung beras, kemudian gaul hingga rata dan supaya rempah-rempah melekat pada ubi tadi. Letakkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak masak untuk mengoreng. Pastikan gorengan tadi terendam kedalam minyak sepenuhnya. Goreng ubi sehingga warna bertukar menjadi keemasan, balikkan agar ubi masak sekata. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan diatas tissue dapur yang bersih. Akhir sekali boleh dihidangkan bersama sambal kicap resepi masing-masing.. Lain hari inshaAllah SR share nak buat sambal kicap yang sedap pulak yaa .. Selamat mencuba !! 





NASI ARAB KAMBING SIMPLE




Assalammualaikum... Oklah hari ini nak tayang nasi arab simple yang SR buat... Tak adalah terer sangat tapi inilah resepi termudah dan sedap gak la.. yang selalu SR guna... Biasa orang masak nasi arab guna pes yang siap atau rempah nasi arab.. Dari segi rasa of course la berbeza.. tapi dua-dua sedap.. yang penting mudah dan cepat siap..

Rempah nasi arab ada banyak jual di pasaraya yang siap dalam kotak sekali dengan beras. Tinggal rajin nak buat ke tak jek nak buat.. Aku ini kebetulan banyak lagi stok rempah soto serbaguna tok mak ini.. itu yang guna rempah itu,basic rempah tu sama sahaja. Rempah ini SR beli online kat FB tok mak yang glamor dengan puding raja dekat pekan tu.. Rempah ini SR guna dalam pelbagai masakkan memang sedaplah.. Tak percaya try lah dulu, lagi pun pack tu tahan lama.


Rempah tu tahan lama, wangi jek masa tumis tu.. Nak perap kambing pun SR guna rempah ini. Nama pun serbagunakan.. Buat rendang pun sodap.. hehehehe



Oklah berbalik dengan nasi ini.. SR buat macam biasa jek, macam nak masak nasi berwarna yang lain juga cuma tambah rempah soto ini dan sikit rempah serbuk beriyani.. SR just letak air biasa tak ada air stok.. nasi ini tak muak sebab tak ada letak susu cair, yogurt ke rempah pun tak banyak juga just nice jek..



Tumis bawang dan 4 sekawan sehingga garing



Rempah soto serbaguna


Tambahkan rempah soto serbaguna dan rempah beriyani


Masukkan garam dan beras


Tambah air biasa atau stok


Nasi yang sudah siap masak


Kambing yang hendak di bakar


Kambing sudah siap


Oklah terus pada resepi dan cara membuatnya.



BAHAN-BAHANNYA



3pot beras basmathi (cuci dan rendam sekejap)

Rempah 4 sekawan
3 helai daun pandan (kerat atau simpulkan)
4 ulas bawang merah rose (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sudu besar rempah beriyani
1 sudu besar rempah serbaguna tok mak
Pati kiub ayam
Garam secukupnya
Air biasa atau stok (4pot ikut sukatan beras anda)
Pewarna

CARA MEMASAKNYA



  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang serta halia sehingga garing
  2. Masukkan rempah serbuk dan tumis lagi
  3. Masukkan daun pandan dan beras kacau sebati
  4. Masukkan stok atau air (masaklah macam biasa)
  5. Bila dah kering titikkan pewarna dan buat lubung di tengah nasi
  6. Bentukkan aluminium foil bentuk gelas pendek, tuang minyak dalam tu dan letak di atas nasi
  7. Bakar seketul arang sehingga menyala dan cepat-cepat letak dalam minyak tadi dan tutup tudung periuk, biar asap memenuhi nasi, tujuan letak arang itu nak bangkitkan aroma nasi, bila api telah padam bakar balik semula arang itu dan buat lagi step tadi, lepas itu bolehlah alihkan arang dan gemburkan nasi perlahan-lahan sedia dihidang

Untuk Kambing


Kambing secukupnya peraplah dengan sos tiram,kicap,gula,garam,serbuk kunyik,lada hitam tumbuk,2 ulas bawang putih tumbuk,1 inci halia tumbuk,madu,rempah beriayani,rempah soto,lada sulah. Sukatan agak-agak sahaja ikut banyak daging kambing. Perap semalaman pun tak apa lepas itu bakar dalam pemanggang ajaib. Sebelum susun daging kambing itu taburkan bawang holland hiris dan lemon yang diiris akhir sekali susun daging dan sedia di bakar hingga hingga daging masak dan empuk.

Thursday, 5 November 2015

BINGKA CHEESE




Assalamualaikum .....


Hai selamat petang semua .. Petang ni tiba-tiba terasa rajin pula nak masuk dapur walaupun keadaan kesihatan tak berapa nak ok . Maklumlah sebagai seorang student memang sibuk memanjang dengan tugasan-tugasannya . Mengadap assignment 24jam sampai sendiri terlupa dah makan ke belum. 


Haaaaa memandangkan perut pun dah lapar dengan tekak yang mengidam nak makan manis-manisan nii , so kita masak je apa bahan-bahan yang ada , dan korang juga oleh cuba dengan bahan-bahan yang dah tersedia kat dapur tu yaaa .. 









Dari pukul 3.00 petang tadi dok melayan group whatsapp yang masing-masing sibuk berkongsi resepi makanan yang pelbagai dan sedap-sedap belaka . Memandangkan tekak ni terasa nak makan manis-manisan , so ingat nak buat kek, tapi baru minggu lepas dah buat kek. Takut tiada siapa nak makan pula nanti sebab dah ' immune ' dengan menu kek. Beralih pula ke resepi apam mekar. Teruja sangat dengan apam mekar yang di hantar oleh maksu dalam group whatsapp tadi, dan memang terasa nak cuba buat apam mekar tu harini. Tetapi memandangkan proses membuatnya mengamil masa dan ada bahan-bahan yang tiada di dapur waktu sekarang, so terpaksalah hold dulu .. Terfikir juga pukul berapa nak siap nanti? Pukul berapa dapat minum petang ni , silap-silap makan malam terus karang .. hihi



                            

Belek punya belek resepi sampailah ke jam 4 petang. 1 jam mengeledah puluhan resepi, masih tak jumpa-jumpa dan berkenan dihati. Aduhaiiiii ... apapun mesti nak masak juga sesuatu yang boleh dijadikan juadah makan dan mimun petang untuk SR sekeluarga. Nak masak sesuatu yang simple dan cepat dimasak.

Oh ye baru teringat hari itu berkobar-kobar bebenor nak masak bingka guna periuk tekanan serba guna NOXXA. Memang cukup teruja dengan pelbagai resepi bingka yang diposkan oleh Cik Kiah Kicen (CKK) dalam FB. Nampak mudah dan cepat dimasak. Semua resepi dah siap save dalam telefon bimbit. Siap buat folder khas lagi untuk resepi NOXXA. Tapi nasib tak baik, tengah bersemangat nak buat hari itu, periuk pula buat ha, tiba-tiba tak nak nyala. Terpaksalah hantar kepada pihak AMWAY untuk dibaiki. Minggu lalu dah dapat balik dan terus simpan di dalam kotak. Sebulan jugalah tak masak guna periuk NOXXA. Rindu pula.

Kalau nak cepat masak bolehlah guna periuk NOXXA untuk bakar Bingka Cheese Sarawak ini. Bahan-bahan yang digunakan pun ada. Cuma Cheesenya saya guna Cheese Tortura. Memang ada stok cheese tortura, takut expired pula kalau dah lama disimpan dalam peti sejuk.



                           


Kalau dilihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Bingka Cheese Sarawak ini, ada kelainannya sebab ia menggunakan tepung jagung, larutan agar-agar, dan penggunaan butter dan cheese. Kebiasaannya untuk bingka, digunakan tepung gandum atau tepung beras dan santan sahaja. Disebabkan kelainan inilah, maka SR ingin cuba membuatnya.



                             


Hasilnya memang marvellous. Teksturnya lembut dan halus. Ada kelainan rasanya daripada bingka-bingka yang pernah dimakan. Dengan menggunakan periuk NOXXA, kita hanya memerlukan masa 25 minit untuk memasaknya. Cepatkan ??...

So jom cuba resepi ini !!


BAHAN-BAHAN A:

15 gram agar-agar bertali 3 cawan air (sukatan guna cawan arcoroc putih)1 cawan gula pasir

BAHAN-BAHAN B:

250 gram butter – jenama apa pun boleh250 gram cream cheese tortura½ tin susu pekat manis1 ½ cawan tepung jagung3 biji telur ayam omega1 sudu teh butter vanilla

CARA-CARANYA:


1. Basuh agar-agar dan masak dengan tiga cawan air sehingga larut. Bila telah larut           masukkan gula. Masak sehingga gula larut. Ketepikan, biarkan panas agar tidak mengeras.


2. Sementara agar-agar dimasak di atas dapur, bolehlah masukkan telur di dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang. Selepas kembang, masukkan butter dan susu. Pukul rata.

3. Masukkan tepung jagung, cream cheese, dan butter vanilla. Pukul sehingga sebati.


4. Masukkan bahan A yang masih panas tadi dan dipukul laju (kelajuan maksimum) sehingga sebati.


5. Kemudian masukkan adunan ke dalam inner pot noxxa. Guna fungsi steam 25 minit.  Putar tombol di atas ke arah steam.

6. Selepas 25 minit berlalu, bingka pun telah masak.  Buka tudung periuk dan biarkan       selama 5 minit.  Kemudian keluarkan inner pot daripada periuk.  Jangan dibiarkan lama di dalam periuk, ditakuti rentung pada dasarnya. Sejukkan di luar. Bila sejuk bolehlah dipotong.....




#untuk sukatan cawan, guna cawan arcoroc putih.