Assalammualaikum... Oklah hari ini nak tayang nasi arab simple yang SR buat... Tak adalah terer sangat tapi inilah resepi termudah dan sedap gak la.. yang selalu SR guna... Biasa orang masak nasi arab guna pes yang siap atau rempah nasi arab.. Dari segi rasa of course la berbeza.. tapi dua-dua sedap.. yang penting mudah dan cepat siap..
Rempah nasi arab ada banyak jual di pasaraya yang siap dalam kotak sekali dengan beras. Tinggal rajin nak buat ke tak jek nak buat.. Aku ini kebetulan banyak lagi stok rempah soto serbaguna tok mak ini.. itu yang guna rempah itu,basic rempah tu sama sahaja. Rempah ini SR beli online kat FB tok mak yang glamor dengan puding raja dekat pekan tu.. Rempah ini SR guna dalam pelbagai masakkan memang sedaplah.. Tak percaya try lah dulu, lagi pun pack tu tahan lama.
Rempah tu tahan lama, wangi jek masa tumis tu.. Nak perap kambing pun SR guna rempah ini. Nama pun serbagunakan.. Buat rendang pun sodap.. hehehehe

Tumis bawang dan 4 sekawan sehingga garing
Rempah soto serbaguna

Tambahkan rempah soto serbaguna dan rempah beriyani

Masukkan garam dan beras

Tambah air biasa atau stok

Nasi yang sudah siap masak

Kambing yang hendak di bakar

Kambing sudah siap
Oklah terus pada resepi dan cara membuatnya.
BAHAN-BAHANNYA
3pot beras basmathi (cuci dan rendam sekejap)
Rempah 4 sekawan
3 helai daun pandan (kerat atau simpulkan)
4 ulas bawang merah rose (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sudu besar rempah beriyani
1 sudu besar rempah serbaguna tok mak
Pati kiub ayam
Garam secukupnya
Air biasa atau stok (4pot ikut sukatan beras anda)
Pewarna
CARA MEMASAKNYA
- Tumis rempah 4 sekawan dan bawang serta halia sehingga garing
- Masukkan rempah serbuk dan tumis lagi
- Masukkan daun pandan dan beras kacau sebati
- Masukkan stok atau air (masaklah macam biasa)
- Bila dah kering titikkan pewarna dan buat lubung di tengah nasi
- Bentukkan aluminium foil bentuk gelas pendek, tuang minyak dalam tu dan letak di atas nasi
- Bakar seketul arang sehingga menyala dan cepat-cepat letak dalam minyak tadi dan tutup tudung periuk, biar asap memenuhi nasi, tujuan letak arang itu nak bangkitkan aroma nasi, bila api telah padam bakar balik semula arang itu dan buat lagi step tadi, lepas itu bolehlah alihkan arang dan gemburkan nasi perlahan-lahan sedia dihidang
Untuk Kambing
Kambing secukupnya peraplah dengan sos tiram,kicap,gula,garam,serbuk kunyik,lada hitam tumbuk,2 ulas bawang putih tumbuk,1 inci halia tumbuk,madu,rempah beriayani,rempah soto,lada sulah. Sukatan agak-agak sahaja ikut banyak daging kambing. Perap semalaman pun tak apa lepas itu bakar dalam pemanggang ajaib. Sebelum susun daging kambing itu taburkan bawang holland hiris dan lemon yang diiris akhir sekali susun daging dan sedia di bakar hingga hingga daging masak dan empuk.
No comments:
Post a Comment