Bismillah, assalamualaikum , haii rasanya baru sangat SR post menu pagi tadi kann .. Kalau boleh setiap kali masak, setiap kali tulah SR nak share dengan korang semua. Maklumla, kalau dah perut dengan tekak ni kuat makan, kenalah rajin masak sendiri.. Bab2 masak ni memang SR suka sebab SR tahu SR sendiri yang nak makan nanti.. hihi
Niha SR nak tayang apa yang SR masak untuk lunch kejap lagi . SR dah siap masak, siap hidang dah cuma tunggu nak makan je nii .. Sambil2 tu bolehlah SR kongsikan dulu dekat korang resepi kali ni. Kalau tak post sekarang nii .. mahu minggu depan baru dapat post. hihi Sekali sekala tu nak jugak merasa masakan ala ala barat. Barat ke? SR pun tak tahu nak letak makanan ni dalam kategori apa. Okeh walaupun masakkan ni simple and nampak macam tak sesuai je nak di jadikan makanan tengahari kan? Tapi takpe, jangan risau.. Tak salah pun kalau kita nak cuba. Kalau setakat 2 3 orang makan tu boleh laa.. Jangan dibuat lauk kenduri sudah lah. Ada jugak jemaah yang tak dapat makan ni karang.. :-D
Jom tengok sini. SR nak kongsikan resepi dan cara-cara menyediakannya. Sebenarnya iannya sangat-sangatlah mudah dan senang untuk disediakan. Bak kata orang sesuai sangatlah untuk wanita-wanita berkerjaya yang busy memanjang sampai nak masak pun tak sempatlah. Lagi best untuk orang2 yang jenis malas nak masak, tapi nak makan yang sedap2 je. Haaaa daripada korang beli fastfood yang sangat tak berapa nak sihat tu, lebih baik korang cuba sendiri masak ni kat rumah. InshaAllah lepas ni hari-hari rasa nak duduk dapur je..
BAHAN-BAHAN
- 200g isi ayam ( saya guna bahagian dada ) - potong memanjang
- 1/4 cawan tepung jagung
- 2 biji kuning telur
- 2 sudu besar air
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN-BAHAN SOS
- 1/4 cawan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1 cawan air
- 1 kiub ayam Adabi
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 inch halia - hiris nipis, kemudian hiris memanjang nipis
- 2 1/2 sudu makan gula
CARA-CARANNYA
- Campurkan kesemua bahan-bahan sos ke dalam periuk kecil.
- Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih dan pekat. Matikan api dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau rata.
- Masukkan kuning telur, Kacau rata.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Panaskan 3 senduk sayur minyak masak dalam kuali.
- Celupkan ayam ke dalam adunan tepung.
- Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan sejatkan.
- Susun ayam goreng dalam pinggan. Curahkan sos lemon ke atas ayam. Hidangkan..
Yeeyhhhhhh !!! Mudah kan ..?? Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment