Sunday, 8 November 2015

DAGING KICAP LADA HITAM MELETOP


Assalamualaikum .. Maaf harini SR lambat update menu untuk dikongsikan bersama korang semua. Sebelum tu SR nak cerita sikit pasal celeberate birthday party anak buah SR malam tadi yang sangat meriah. Lagi lagi kek yang dibuat sendiri dengan air tangan SR yang sangat menjadi tarikan orang ramai untuk merasanya. hmm ramai yang cakap sedap dan bertanyakan apakah resepinya. Haaa kalau nak tahu resepinya korang boleh check post SR yang sebelum ni. Kat situ semua SR ada kongsikan. So korang boleh cuba buat sendiri dekat rumah yaa.. Lepas ni tak perlulah membazir duit beli kek mahal2 dekat Secret Resepi ke Baskin Robbins atau mana2 kedai kek lain. You all boleh try buat sendiri dekat rumah dengan mudah dan cepat.

Sekarang SR nak cerita pasal harini pula. Hari ahad yang dikatakan ' Lazyday '. Memang terasa sangat malas untuk bergerak kemana2, malah nak bangun dari katil pun rasa malas sangat. hihi
Tapi bila fikir masakan apa yang hendak dimasak untuk menu tengahari tadi, terus SR bingkas bangun dan bersiap2 untuk mulakan perangan di dapur. Jam pun dah menunjukkan pukul 10.45 pagi..

Memandangkan malas hendak  keluar ke kedai, jadi SR nak masak menggunakan bahan2 yang ada didapur saja. Bahan mentah dalam peti ais yang ada cuma tinggal daging saja. Nak taknak dah tahu dah menu apa nak masak harini. Terus terfikir nak masak daging masak kicap yang meletop kebabom !!




Kalau korang yang nak cuba resepi daging masak kicap ni, korang boleh rujuk dibawah.


BAHAN-BAHAN A
  • 1 kg. daging segar – dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar – dipotong gegelang
  • 1 biji tomato – dibelah 4 – 6
  • 2 biji cili hijau – dihiris serong, saiz lebar
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil perencah kuah TUMIX
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN B ( dikisar tumis )
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
BAHAN-BAHAN C (dikisar lumat )
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Air secukupnya.
BAHAN-BAHAN D
  • 1 sudu besar gula perang
  • 5 sudu besar sos lada hitam – SR guna jenama LIFE
CARA-CARANYA

1. Terlebih dahulu campurkan daging bersama bahan C dan bahan D. Gaul rata. Perapkan lebih kurang 30 minit.2. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau, dan warna bawang bertukar kekuningan.3. Masukkan daging yang telah diperap dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk (dalam tempoh ini boleh tambahkan air lagi dan masak sehingga daging empuk). Tutup kuali/periuk.4. Selepas daging empuk masukkan kicap manis, serbuk lada hitam, dan perencah kuah TUMIX. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat sedikit.5. Akhir sekali masukkan bawang besar, hirisan cili hijau, dan buah tomato. Kacau dan gaul rata. Selepas dua minit bolehlah ditutup api.




Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!








No comments:

Post a Comment